LATEST IDEAS

Pusat Pengumpulan dan Penjualan Bahan Bacaan Terpakai UTM

Saya mencadangkan supaya diwujudkan Pusat Pengumpulan dan Penjualan Bahan Bacaan Terpakai UTM. Tujuan: 1. Membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan. 2. Memudahkan mahasiswa untuk mencari buku rujukan dan soalan-soalan lepas. 3. Menjana pendapatan mahasiswa. Pusat...

Kelas Berenang untuk Keluarga Staf/Orang Luar

Saya ingin mencadangkan supaya pihak Universiti mengadakan kelas berenang untuk keluarga staf /orang luar. Boleh dikategorikan kelas renang untuk bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada masa sekarang, hanya diadakan untuk staf dan pelajar dan kelas renang yang...

Peperiksaan Pelajar

Saya ingin mencadangkan bahawa peperiksaan akhir pelajar hendaklah diawasi oleh pensyarah yang bukan mengajar subjek berkenaan. Ini untuk mengurangkan buyer di kalangan pensyarah dan pelajar.

Adakan Lampu Trafik di Laluan Jalan Universiti

Pohon untuk dipasangkan dengan segera lampu trafik di laluan papan tanda Jalan Universiti, iaitu jalan dari balai pengawal menuju ke simpang empat bagi memudahkan perjalanan semua staf, pelajar dan juga orang luar yang menggunakan jalan itu. Jika di pagi hari kita...

Sistem “Touch N Go” Perkhidmatan Bas

Saya mencadangkan agar diwujudkan sistem 'touch n go' dalam perkidmatan bas sepertimana yang dilaksanakan oleh RapidKL supaya dapat mengurangkan yuran pelajar. Dengan adanya sistem ini, hanya pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas akan dikenakan bayaran....

Pengwujudan Arca (Sculpture) di Roundabout Sebelum Pintu Utama UTM

Saya menggunakan roundabout sebelum pintu gerbang (Balai Pengawal) hampir setiap hari. Saya ingin mencadangkan supaya dibina sebentuk arca (sculpture) yang melambangkan UTM/akademik sebagai mercu tanda di tengah-tengah roundabout tersebut. Roundabout tersebut kini...

Laluan Pejalan Kaki dari Pakir Tasik

Seringkali pakir di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) dan Bangunan Persatuan Pelajar dipenuhi oleh kenderaan staf yang bertugas. Bertambah teruk jika ada majlis di Dewan Sultan Iskandar (DSI) di mana orang ramai yang ingin ke DSI tiada pakir yang dekat. Staf...

Laluan Basikal

Memandangkan kegiatan berbasikal di dalam UTM semakin mendapat sambutan dan bagi mencapai eco green di dalam kampus, saya mencadangkan supaya diadakan laluan basikal bagi menjaga keselamatan mahasiswa, staf dan pegawai-pegawai kita sendiri. Dengan adanya laluan...

Sistem Semakan Panggilan Temuduga Jawatan UTM

Memandangkan sekarang UTM telah begitu maju dengan teknologi sistem kewangan, tempahan kenderaan dan yang terbaru, tuntutan elaun lebih masa dibuat secara online, saya mencadangkan agar UTM mewujudkan satu sistem semakan panggilan temuduga bagi memudahkan pemohon...

Pemindahan Lokasi Pejabat Pos/CIMB Bank

Assalamualaikum/Salam sejahtera, Saya ingin mencadangkan agar pejabat POS dan CIMB Bank dapat ditempatkan di kawasan yang sesuai. Sebagai contoh, di hadapan bangunan STUDENT MALL. Walaupun memerlukan kos agak tinggi bagi pengubahsuaian tetapi kawasannya sesuai kerana...

Data Pensyarah Jemputan – UTM

Salam 1 Malaysia. Saya dapati pihak UTM mempunyai rekod terkini senarai pensyarah /penceramah jemputan ke UTM tetapi senarai pensyarah UTM yang telah dijemput oleh pihak universiti luar (terutamanya luar negara) yang patut menjadi kebanggan kita, tidak terdapat di...

Promosi Penambahan Koleksi Reading Station

Untuk mempromosikan penambahan koleksi Reading Station UTM, saya cadangkan agar PSZ boleh menghubungi stesen-stesen radio seperti IKIM, Best104 dan lain-lain agensi untuk membuat hebahan di stesen radio bagi AKTIVITI TIDAK BERASASKAN KEUNTUNGAN. Selain mempromosikan...

Sistem Internet Bersepadu untuk Mahasiswa

Saya mencadangkan agar sistem-sistem Internet yang melibatkan mahasiswa digabungkan dalam 1 sistem sahaja. Sistem-sistem seperti: 1) Pendaftaran Subjek secara Online 2) E-learning 3) Portal Kerjaya 4) Permohonan Aktiviti Mahasiswa 5) AIMS Kesemua sistem di atas boleh...

Mesyuarat secara Sidang Video

Saya ingin mencadangkan agar mesyuarat rutin/berkala yang melibatkan staf UTM JB dan UTM KL dibuat secara sidang video. Banyak aplikasi Internet yang menyokong sidang video ini seperti Skype, Facebook, Google Talk, Line dan sebagainya. Pergerakan staf UTM KL ke UTM JB...

Pembelian Mesin Pengimbas untuk Ibu Mengandung

Saya ingin mencadangkan pembelian mesin pengimbas bagi ibu mengandung. Ini memandangkan perkhidmatan tersebut tidak disediakan di Pusat Kesihatan Pelajar UTM. Diharapkan dengan pembelian mesin tersebut akan dapat memudahkan servis pemeriksaan ibu mengandung di PKP...

HAVE SOMETHING ON YOUR MIND?
SUBMIT YOUR IDEA!

click on below button to fill in the idea form

UTM Open Day