LATEST IDEAS
Kempen Kitar Semula
Saya mencadangkan agar kempen kitar semula dapat dijalankan dengan lebih efisyen. Ini dapat dijalankan dengan menyediakan tong atau kotak bagi bahan buangan kitar semula di setiap aras bangunan Universiti.
Prioriti Lantikan Tetap kepada Staf Kontrak UTM
Saya mencadangkan agar pihak Universiti dapat memberikan prioriti lantikan tetap kepada staf kontrak UTM berdasarkan pengalaman kerja dan sumbangan yang telah diberikan kepada Universiti sepanjang tempoh perkhidmatan.
Aplikasi Pintar untuk Servis Bas dalam Kampus UTM
Saya mencadangkan agar diwujudkan satu aplikasi untuk telefon pintar bagi membolehkan pengguna bas UTM khususnya mahasiswa mengesan lokasi bas di sekitar kampus. Ini dapat membantu dalam mengesan bas yang tidak beroperasi atau lewat dan mahasiswa dapat merancang waktu...
Ekopelancongan UTM
Saya mencadangkan agar UTM dapat menjana pendapatan melalui ekopelancongan seperti di Universiti Putra Malaysia (UPM). UTM telah pun mempunyai tarikan yang sedia ada seperti Taman Rusa, Pusat Ekuin, dusun buah-buahan, Tasik Ilmu, taman rekreasi dan ladang kelapa...
UTM Food Truck
Mahasiswa sukar untuk membeli makanan antara waktu kelas kerana tiada kios atau cafe yang berdekatan dengan fakulti terutama di kawasan bangunan fakulti baru di FM, FBME T02 dan PRZS. Memandangkan kawasan tersebut agak 'remote' dan mahasiswa hanya ada dalam waktu...
UTM Nursery
Saya ingin mencadangkan agar UTM dapat menubuhkan pusat penjagaan anak-anak staf dalam kawasan UTM. Banyak kelebihan yang bakal diperolehi dengan tertubuhnya pusat ini. Antaranya adalah: 1. Mengurangkan sebarang kejadian jenayah culik dan dera yang sering ditakuti...
UTM Plant Gift Week
In order to make our campus greener, I would like to suggest that our students are given the opportunity to buy and place their favourite plants during the UTM Plant Gift Week. During that week, students can make orders and place their plants around college or other...
Sistem Aduan Pelanggan Berpusat
Saya mencadangkan agar diadakan sistem aduan pelanggan berpusat. Setiap aduan yang dikemukakan akan disalurkan kepada PTJ yang berkaitan dan pihak pengurusan PTJ tersebut boleh memantau proses penyelesaian kepada aduan yang telah dikemukakan. Setiap aduan haruslah...
Telaga Tiub atau Telaga Boring di UTM
UTM mempunyai banyak sumber mata air. Saya mencadangkan agar disediakan peruntukan sebanyak RM80,000 bagi penyediaan 10 buah Telaga Tiub atau Telaga Boring di lokasi yang strategik sebagai alternatif kepada penjimatan air. Pelaburan kecil ini bakal memberi implikasi...
Penilaian Mutu Perkhidmatan melalui Aplikasi VRMS
Saya ingin mencadangkan kaedah yang lebih telus terhadap penilaian prestasi staf UTM yang berkhidmat secara langsung dengan pelanggan. Secara khususnya, cadangan ini adalah untuk penilaian khidmat bagi para pemandu UTM. Penilaian e-LNPT hanya berkisar di kalangan...
Tanah Perkuburan UTM
Dicadangkan agar UTM mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan tanah perkuburan khas untuk staf UTM, mantan staf UTM atau ahli keluarganya yang telah meninggal dunia. Dengan ini, ia memudahkan ahli keluarga menziarahi pusara dan mengingati mereka yang telah pergi.
Festival Ilmu UTM
Saya mencadangkan agar UTM mengadakan satu Program berbentuk ilmu dalam skala yang lebih luas seperti penganjuran "Festival Ilmu" yang melibatkan kerjasama antara semua jabatan dan fakulti di UTM secara menyeluruh. Antara pengisian program adalah seperti Program...
Dana Pembangunan Sekolah Agama UTM
Saya mencadangkan agar dana pembangunan sekolah agama UTM dipohon dari pihak bank atau penajaan dari syarikat korporat. Kedua-dua sumber boleh menaja kos mengikut kelas dan pihak UTM akan meletakkan logo syarikat atau bank yang menyalurkan penajaan tersebut di sudut...
Pakaian Korporat UTM
Saya ingin mencadangkan agar pakaian korporat bagi staf wanita dikenakan dengan tudung berwarna 'maroon' dimana ia merupakan warna korporat UTM. Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang, staf wanita UTM mengenakan pelbagai warna tudung. Dengan terlaksananya cadangan...
Penjanaan Pendapatan Melalui Kemudahan Pengiklanan
Saya ingin mencadangkan agar pihak UTM dapat menyediakan papan iklan LED dengan jumlah yang bersesuaian pada tiang-tiang lampu dan bangunan-bangunan UTM. Dengan adanya kemudahan tersebut, UTM boleh mendapatkan syarikat-syarikat yang berminat untuk melaksanakan...
HAVE SOMETHING ON YOUR MIND?
SUBMIT YOUR IDEA!
click on below button to fill in the idea form