Saya mencadangkan agar UTM dapat menjana pendapatan melalui ekopelancongan seperti di Universiti Putra Malaysia (UPM). UTM telah pun mempunyai tarikan yang sedia ada seperti Taman Rusa, Pusat Ekuin, dusun buah-buahan, TasikĀ Ilmu, taman rekreasi dan ladang kelapa sawit. Hanya perlu ditambah dengan beberapa taman seperti taman herba dan taman teknologi. Dicadangkan supaya diadakan promosi yang menarik seperti yang telah dijalankan di UPM.