Saya mencadangkan agar UTM membina sudut UTM Memory Frame dimana koleksi gambar-gambar sekitar Majlis Konvokesyen kali pertama pada tahun 1977 sehingga konvokesyen yang terkini dipaparkan. Gambar-gambar ini boleh disusun di sepanjang susur gajah dari Dewan Sultan Iskandar (DSI) sehingga ke Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). UTM Memory Frame ini boleh dibuka selepas Majlis Konvokesyen dan boleh digunapakai semula pada setiap kali Majlis Konvokesyen.

Disamping memberikan imej unggul UTM dalam menghasilkan graduan berkualiti, ia juga dapat memberikan latar belakang gambar memori indah kepada alumni serta ibu bapa yang sama-sama meraikan majlis graduasi mahasiswa.

tiang