Perkhidmatan bas elektrik boleh menyumbang kepada penggunaan karbon yang rendah (kampus lestari). Maka, dicadangkan agar bas dalam UTM ditukarkan dengan bas elektrik. Bagi menjamin servis yang efektif, dicadangkan juga supaya dipasangkan TV jadual bas di setiap perhentian bas (boleh diselangi dengan paparan iklan). Servis TV tersebut dilaksanakan dengan penjanaan panel solar.