Saya mencadangkan agar diwujudkan kawasan perkuburan Islam di UTM untuk memudahkan urusan pengkebumian kerana kebanyakan staf bermastautin sekitar UTM. Ini juga sebagai tanda penghargaan terakhir universiti dan sebagai membalas jasa untuk staf yang telah berkhidmat dan berkorban tenaga untuk UTM sepanjang hayatnya. Dengan itu, UTM akan sentiasa dikunjungi oleh waris-waris kerana di UTM lah tempat bersemadinya orang-orang yang disayangi.