Papan Maklumat Kalori Makanan di Setiap Kafeteria dalam Kampus UTM

Bagi merealisasikan hasrat Naib Canselor untuk menggalakkan warga UTM menjalani gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan, saya mencadangkan agar diletakkan papan tanda jumlah kalori di setiap kafeteria dalam kampus bagi setiap menu makanan yang dijual. Sebagai contoh, sepinggan nasi lemak (350 kcal), sekeping roti canai (300 kcal). Dengan adanya paparan jumlah kalori pada setiap menu dapat mengingatkan warga kampus khasnya untuk membuat pilihan bagi setiap makanan yang dimakan. Kaedah ini dapat membantu individu merancang  pengambilan kalori seharian agar tidak melebihi kadar kalori seharian.

 

Speak Your Mind

*