Leave your Mark on UTM…

Sebagai satu tanda kenangan di hati bakal graduan UTM, dicadangkan nama pelajar diukir di atas bata/paving block (name engraved on a brick/pavement block) dan disusun sebagai dekorasi landskap di sekitar laman UTM yang bersesuaian – dicadangkan di sekitar laman Agora UTM/hadapan MSI dan DSI.

https://chancellery.utm.my/wp-content/uploads/sites/2/gravity_forms/1-6726b6cf5ee88234fbf7683d78bbe743/2012/08/images2.jpg

Tujuan:
1) Sebagai tanda kenangan dan kebanggaan graduan
2) Menjana dana ke Tabung Endowment UTM
3) Mewujudkan persekitaran yang indah di UTM

Mekanisma:
Melalui sumbangan minima (contohnya, bermula dari RM50.00 – maksimum 3 baris teks) para pelajar boleh meletakkan nama/tahun graduat/program pengajian mereka.

Sumbangan dan tempahan perlu dibuat sebelum sesi konvokesyen. Di hari konvokesyen, pelajar dapat melihat dan bergambar bersama.