Salam,

Saya mencadangkan sudah sampai masanya UTM Johor Bahru melonjakkan lagi ciri-ciri keusahawanan (entrepreneurial) dan kelestarian kampus dengan mengintegrasikan stadium, kolam renang, kawasan laluan keluar senai/UTM dengan penambahan bangunan yang mempromosikan kelestarian kampus (contoh: mendirikan bangunan seperti Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya dan bangunan-bangunan kedai moden (urban eco-city) dibina di sekitarnya untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat konvensyen UTM. Pusat konvensyen tersebut boleh menempatkan lot-lot kedai keusahawanan moden (eco-building) sama ada untuk pelajar UTM/luar, hotel servis untuk persidangan, bangunan iconic UTM (pusat global pendidikan UTM), hospital UTM/KPJ, dataran ilmu, kawasan ‘walkable urbanism’, persekiratan hijau, kawasan selamat dan lain-lain yang bersifat menyokong keusahawanan dan kelestarian.

Kebaikannya:
1. Menjadi kawasan laluan keluar baru UTM sebagai pusat pertumbuhan baru kepunyaan UTM (sustainable city/eco-city UTM) dan sebagai model global kawasan keusahawanan R&D lestari di Johor dan Malaysia umumnya.
2. Menjadi nadi penghubungan cekap antara Senai Airport, UTM dan Johor Bahru untuk pengangkutan moden pada masa hadapan (contoh: monorel, LRT dan pengangkutan moden lain).
3. Di samping sebagai pusat pertumbuhan keusahawanan/lestari/industri moden untuk R&D antara UTM dan Johor Technovation Park dapat disepadukan.
4. Mengubah UTM ke arah keusahawanan R&D antarabangsa dengan lebih cepat lagi (eco-R&D city campus).

Pembiayaan:
1. Pembiayaan/usahasama kerajaan pusat/negeri bersama UTM.
2. Pembiayaan UTM dan GLC serta swasta.
3. Usahasama UTM dengan syarikat yang mempromosikan kelestarian di peringkat antarabangsa/global (pembiaya luar seperti Oxford Sustainable Group, International Solar Energy Society (ISES), Songdo International Business District (SIBD) dan lain-lain).