Assalamualaikum wmt.wbt. dan Salam 1Malaysia,

Bagi menghargai budaya tradisional agar tidak dilupakan begitu sahaja terutamanya oleh para pelajar yang merupakan generasi baru yang sentiasa didedahkan dengan idea dan teknologi terkini, saya mencadangkan agar dianjurkan pesta sukan rakyat terbuka kepada seluruh masyarakat kampus terdiri daripada staf dan pelajar. Program ini boleh diadakan serentak dengan kerjasama fakulti/jabatan dan upacara kemuncak adalah pertandingan di peringkat universiti. Ia juga dapat memupuk semangat ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama staf dan pelajar, di samping memperkenalkan budaya/permainan tradisional yang menarik lagi unik yang terdapat di negara kita kepada staf dan pelajar antarabangsa.